Sunday, June 14, 2009

Live Document

Kini semakin banyak syarikat yang mengembangkan penggunaan aplikasi-aplikasi dokumen yang berasaskan web. Sebelum ini ia didominasi oleh Zoho, ThinkFree dan Google, kini datang lagi seorang pesaing yang kuat dalam bentuk Live Documents.

Image Hosted by ImageShack.us
Asalnya Live Documents merupakan hasil kreativiti dari orang yang menciptakan Hotmail sebelum Microsoft membeli penyedia webmail tersebut. Live Documents adalah aplikasi office berasaskan Flash yang memiliki kemampuan digunakan secara online ataupun secara offline di dalam lingkungan asas MS Office.Aplikasi - aplikasi yang hampir serupa dengan produk Word, Excel dan PowerPoint Microsoft telah dikembangkan dengan teknologi Flash dan Flex sehingga semua pengguna dalam perlbagai sistem dapat menggunakan aplikasi ini. Apabila anda tidak suka menggunakan versi online, mereka juga memiliki sebuah desktop client yang dapat digunakan secara offline dan dapat berkomunikasi dengan MS OFfice menggunakan sebuah plug in dan menambahkan fungsinya ke dalam dokumen - dokumen ini sehingga lebih dari satu orang dapat menggunakan dokumen di masa yang sama.

Pada masa ini Live Documents masih belum live untuk digunakan, akan tetapi anda dapat meminta kebenaran untuk mencuba perisian ini di laman web mereka.

Klik di sini untuk mengunjungi Live Documents.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal