Tuesday, June 16, 2009

Windows 7 Rc

Ulasan mengenai Windows 7 Rc

windows seven

Windows 7 RC telah dilancarkan kepada public pada Isnin lepas, dan saya pula dengan segera mendownload ISO installer windows 7 dari server microsoft. Memang dah lama saya tunggu microsoft release versi RC kerana saya tidak berminat mencuba versi beta sebelumnya. Download server sangat laju, nama pun server microsoft. Cool

Saya tidak terus install ke dalam hard disk, tetapi mencubanya menggunakan perisian Virtualbox terlebih dahulu. Spesifikasi laptop saya tidaklah “power” sangat jadi performance windows 7 yang sebenar tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh saya.

Semalam, saya nekad untuk mencuba windows 7 dengan menginstallnya kedalam hard disk laptop saya. Proses installation berjalan dengan senang dan cepat, lebih kurang 15 minit sahaja. Saya buat dual boot, sekarang laptop saya ada dua OS iaitu seven dan xp. Tiada vista. Haha. Setelah berexperimentasi, ternyata performance Windows 7 RC sangat2 memuaskan. Love Struck

Windows 7 RC sangat ringan dan laju. Booting dan startup memang 4,5 kali lebih bagus daripada xp dan vista. Spesifikasi untuk menggunakan windows 7 pula tidaklah memerlukan komputer yang sangat canggih.

1GHz 32-bit or 64-bit processor
1GB of RAM
16GB of disk space (or 20GB for 64-bit users)
DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver

Anda juga boleh cuba Windows 7 Upgrade Advisor untuk menilai kebolehan komputer anda untuk menggunakan Windows 7 RC. Download Windows 7 Upgrade Advisor.

Laptop saya, Acer 4920 Intel Core 2 Duo 1.80Ghz, 2Gig Ram dengan chipset Intel GMA X3100 berjaya menggunakan windows 7 RC dengan lancar. Jauh lebih lancar dan laju dari ketika menggunakan Vista Ultimate. Base score hanya 3.4, mungkin disebabkan graphics intel yang kurang bagus.

windows seven 2

Windows 7 RC merupakan windows yang mempunyai antaramuka paling cantik setakat ini. Dari segi bootscreen, login screen, visual style, desktop dan wallpaper semuanya cantik.

windows seven 3

Superbar membolehkan anda group similar windows dengan teratur, hanya tekan pada preview windows untuk masuk ke active windows. Taskbar menjadi lebih teratur dan kemas, serta canggih.

windows seven 4

Windows 7 mempunyai banyak pilihan theme untuk digunakan. Anda juga boleh unlock regional theme seperti Afrika, US, Australia, Japan dll. Pelbagai pilihan wallpaper untuk digunakan malah terdapat fungsi slideshow dimana anda boleh set masa untuk setiap wallpaper itu ditukar kepada wallpaper lain. Anda boleh ubah warna theme dan juga set transparency.

windows seven 5

Explorer dan start menu windows 7 tidak mempunyai perbezaan ketara dengan windows vista. Jika anda biasa menggunakan vista maka anda pasti tidak mempunyai masalah menggunakan fungsi2 ini.

windows media player 12

Windows Media Player 12 jauh kelihatan lebih cantik, dengan sokongan transparency serta fungsi2 lain. Menariknya, saya tidak perlu install apa2 codec untuk memainkan format AVI contohnya menggunakan WMP12 ini.

driver magician

Selepas install windows 7, saya dapati semua driver saya berfungsi dengan baik tanpa perlu saya cari dan download kemudian install satu2 driver. Contohnya, graphics dan audio, serta wireless berfungsi terus selepas installation baru. Menurut pendapat pengguna lain, anda boleh gunakan driver untuk vista kerana ianya juga compatible dengan windows 7.

Untuk menyenangkan proses mencari driver saya menggunakan software Driver Magician. Refer post sebelum ini mengenai Driver Magician.

windows seven 6

Windows 7 mempunyai fungsi backward compatible, iaitu hampir 90% software yang boleh digunakan di XP dan Vista juga boleh digunakan di dalam windows 7. Perisian yang pertama sekali saya install tentunya ialah Mozilla Firefox. Lain2 perisian saya boleh capai melalui partition yang mengandungi windows xp.

internet explorer 8

Internet Explorer 8 merupakan browser default bagi windows 7. Memang laju, stable dan canggih berbanding IE7 dan IE6. Anda boleh pilih samada mahu menggunakan IE sebagai default browser atau install firefox atau chrome yang ternyata jauh lebih bagus. Hehe.

yurnero

Sokongan windows 7 keatas games juga dikatakan lebih baik. Setengah games akan berupaya run dengan higher frame rate dan better quality. Game pertama yang saya cuba dengan windows 7 ialah Warcraft 3: Frozen Throne. Main DoTA satu round, nasib baik boleh support kalau tak mesti boot windows xp kalau hendak main DoTA. Unstoppable Yurnero!!! Devil

Ulasan mengenai windows 7 mungkin akan ditambah lebih lanjut lagi di masa hadapan. Kawan2, readers sekalian apa tunggu lagi jom semua kita cuba windows 7.

Download Windows 7. Dapatkan activation key dengan mendaftar dengan microsoft. Percuma, tidak perlu bayar apa2. Anda boleh gunakan windows 7 rc hingga Jun 2010, setahun lagi tu. Ada pertanyaan tinggalkan sedikit komen ya!

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal