Sunday, June 14, 2009

Teknologi DVD HD & Blu-Ray

Teknologi DVD dilihat semakin berkembang dan menjadi sebutan ramai tidak kiralah dikalangan pengeluar, penganalisis mahupun pengguna.

Teknologi CD (compact disc) mengejutkan dunia ict di era 90-an dan kini era 2000-an pula dikejutkan dengan teknologi DVD. Teknologi semakin mendapat sambutan disebabkan kualiti output yang lebih baik berbanding teknologi sebelumnya. Ia juga mempunyai ruang storan lebih besar berkali-kali ganda berbanding CD.

Kini teknologi DVD mengorak langkah lagi dengan munculnya 2 inovasi terbaru DVD iaitu teknologi HD dan teknologi Blue-Ray.

hddvd-bluray.jpg

Teknologi HD

Cakera HD mempunyai ruang storan sebesar 15GB dan 30GB. Teknologi ini disokong oleh syarikat Toshiba dan beberapa syarikat lain seperti NEC, Sanyo, Microsoft dan Intel.

Pengguna utama teknologi HD ini ialah syarikat-syarikat yang telibat di dalam industri perfileman dan penerbitan multimedia seperti Universal, Warner dan Paramount.

Dengan menggunakan pemain DVD dari Toshiba, kualiti output atau bunyi yang dihasilkan sangatlah baik.

Harga semasa pertama kali dikeluarkan oleh Toshiba yang dijual dipasaran Amerika Syarikat adalah USD500.

Teknologi Blue-Ray

Cakera Blue-Ray pula mempunyai ruang storan yang lebih besar berbanding HD iaitu sebesar 25GB dan 50GB. Penyokong utama teknologi ini pula ialah Sony dan beberapa syarikat lain seperti Samsung, Panasonic, Philips, Hitachi, Apple, Dell dan Sharp.

Pengguna utama bagi teknologi Blue-Ray pula ialah syarikat yang telibat di dalam industri perfileman dan penerbitan multimedia seperti Sony, Disney, Century Fox, Warner dan Paramount.

Kualiti imej yang dihasilkan dikatakan sangat jelas, kualiti imej 3D sangat baik dan warna yang lebih vibrant. Kualiti bunyi juga dikatakan sangat jelas. Hasil kualiti ini dihasilkan melalui pemain DVD Blu-Ray Samsung.

Manakala harga untuk pemain teknologi Blu-Ray yang dikeluarkan Samsung pula adalah lebih tinggi iaitu USD1000 untuk pasaran Amerika Syarikat.

Persamaan

Dari segi persamaan, kedua-dua pemain DVD ini menawarkan ciri-ciri interaktif. Salain itu, ianya juga mempunyai sambungan internet dengan tujuan membolehkan pengguna memuat turun “teaser” filem yang terkini dari laman web.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal