Saturday, May 2, 2009

ubuntu

ubuntu-1280x1024_cropped_tight1

Ok, la aku sebenarnya x tahu nak tulis pasal apa dalam blog aku nie, akli nie aku kongsikan dengan korang pasal ubuntu. semua orang yang celik it pasti tahu apa itu ubuntu,Ubuntu merupakan edaran Linux berdasarkan Debian yang direka untuk pengguna komputer atas meja. Ubuntu menekankan kebolehgunaan, lepasan berkala dan kemudahan pemasangan. Pembangunan Ubuntu ditaja oleh Canonical Ltd, sebuah syarikat milik Mark Shuttleworth, seorang usahawan dari Afrika Selatan. Nama edaran ini berasal daripada falsafah ubuntu di Afrika yang bermaksud “kemanusiaan untuk semua”.

Versi Ubuntu yang terkini ialah Ubuntu 8.10 (Intrepid Ibex) yang telah dilancarkan pada 20 Oktober 2008. Versi LTS (Long Term Support, “sokongan jangka panjang”) terkini pula ialah Ubuntu 8.04 (Hardy Heron) yang telah dilancarkan pada 24 April 2008. Versi LTS ini diselenggara dan disokong oleh Canonical Ltd. selama tiga tahun untuk edisi komputer atas meja dan lima tahun untuk edisi pelayan.

Ubuntu adalah sebuah Sistem Pengoperasian lengkap berasaskan Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemproses perkataan, pembaca email, perisian pelayan rangkaian dan alat-alat pengaturcaraan.Terdapat tiga anak projek rasmi Ubuntu, iaitu Kubuntu, Xubuntu, dan Edubuntu yang menggunakan kod teras yang sama dengan sedikit perbezaan. Kubuntu dilengkapkan dengan KDE sebagai persekitaran atas meja alternatif, Xubuntu dilengkapkan dengan Xfce untuk komputer berkuasa rendah, manakala Edubuntu pula direka untuk komputer dalam bilik darjah.

Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau “Long Term Support” (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat.

Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam 1 CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun.

Aplikasi Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan mempunyai grafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi kegunaan pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.

Korang boleh klick link di bawah kalu korang nak dapatkan ubuntu, x best gak kalu korang download je ubuntu tapi tak tahu nak gunakan aku sertakan sekali ebook bahasa melayu manual ubuntu, ebook nie sebenarnya aku download dari sebuah blog, tap

i aku x ingat apa blog tu. so agak2 blog tu orang tu yang punye terimakasih la dengan ebo

ok yang di kongsikan tu.

CD-Template

DOWNLOAD UBUNTU

DOWNLOAD EBOOK BAHASA MELAYU MANUAL UBUNTU

P/S: pasal ubuntu nie aku rujuk daripada web Ubuntu Malaysia dan Wikipedia. kalu nak tahu lanjut lagi korang leh la tgk sendiri.. huhu.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal