Tuesday, May 19, 2009

Kumpul Virus Jadi Jutawan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menarik bukan dengan title hari ini iaitu kumpul virus jadi jutawan.Betul orang kata , kalau kita buat perkara yang betul-betul kita minat tidak mustahil kita akan berjaya.Sebagai contoh merujuk kepada title di atas adalah Eugene Kaspersky boleh berjaya hasil hobi beliau mengumpul virus komputer.Saya tidak akan mengulas panjang mengenai beliau.Anda boleh baca semdiri di lamanweb :

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

MENCEBURKAN diri dalam perniagaan berlaku secara tidak sengaja apabila Eugene Kaspersky, 42, hanya bermula dengan mengumpul virus sebagai hobi pada 1989.

Beliau melakukannya selepas komputer peribadinya di Kementerian Pertahanan Rusia diserang virus Cascade.

Pada 1991, beliau mula menulis mengenai program untuk mengesan dan menyahjangkitan virus berkenaan.

Setelah program beliau berjaya, Kaspersky mengasaskan Kaspersky Lab pada 1997 yang menekankan mengenai virus komputer.

Dilahirkan pada 4 Oktober 1965 di Novorossiysk, Rusia, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Kriptologi, Telekomunikasi dan Sains Komputer yang dibiayai bersama oleh Kementerian Pertahanan Rusia dan KGB.

Kaspersky Lab dibangunkan pada 1997 dengan kerjasama Natalya (ketika itu isterinya) selepas bertelagah dengan rakan kongsi Amerika Syarikat (AS) yang tidak membolehkan mereka menggunakan nama produk yang ada - AVP.

Pada November 2000, beliau menamakan produknya sempena namanya sendiri - Kaspersky Anti-Virus.

Syarikat yang dibina atas dasar perkahwinan itu kini mempunyai kira-kira 800 kakitangan dan produknya digunakan oleh lebih 250 juta pengguna seluruh dunia.

Masih hak milik penuh persendirian, Kaspersky Lab tidak perlu melaporkan hasil kewangan, sama ada mengalami kerugian atau keuntungan.

Bagaimanapun, pulangan balik pada 2007 adalah US$200 juta (RM640 juta) dan jika ia berterusan ia bakal menjangkau angka RM1 bilion dalam masa kurang lima tahun dan bakal menjadi pembekal perisian keselamatan kedua terbesar dunia.Selanjutnya

Maklumat lain yang boleh baca mengenai beliau di lamanweb Wikipedia dan Kaspersky sendiri.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal