Saturday, May 2, 2009

Komputer Lembab…

windowslivewriterspeedupthatslowcomputerfreesolutions-b1a1computer-repair2

Pernah x komputer korang jadi lembab atau hang? mesti pernahkan… ada beberapa faktor yang menyebabkan komputer boleh mengalmi masalah tersebut antaranya:

  1. Cakera keras (hard disk drive) korang tidak dipernah melakukan proses difragment.
  2. Terdapat banyak perisian (software) yang dipasang (install) pada cakera keras korang.
  3. Spyware / virus / trojan sedang beroperasi di komputer tanpa korang sedari.
  4. Kapasiti memori (RAM) komputer anda hanya sedikit dan tidak mampu menjalankan proses applikasi yang berat seperti Adobe Photoshop yang memerlukan RAM berkapasiti 512MB (recommended).
  5. Cakera keras anda tidak dibuat proses pembahagian (partition)
  6. Cakera keras anda mempunyai bad sector

Cara mengatasi:

Setelah korang meniliti beberapa faktor tersebut langkah penyelesaianya seperti berikut:

  1. Lakukan proses difragment pada cakera keras (hard disk drive) korang sekurang-kurangnya sekali sahaja seminggu atau sebulan sekali sudah memadai. janji korang buat…
  2. lakukan proses Disk cleanup setelah selesai melayari internet. Anda juga boleh gunakan sofware2 tertentu untuk melakukan disk cleanup ini seperti tuneup, ccleaner atau sebagainya.
  3. Komputer anda perlilah dilengkapi perisian antivirus dan antispyware bagi mencegah serangan virus dan spyware.
  4. Buang (uninstall) perisian yang tidak digunakan atau yang jarang digunakan.
  5. Lakukan pembahagian (partition) pada cakera keras jika kapasiti cakera keras adalah besar. Bagi Windows XP, digalakkan membuat pembahagian dalam format NTFS
  6. Bagi cakera keras yang mempunyai bad sector, korang boleh melakukan prose Low Level Format. Kepada yang kurang arif dalam melakukan proses Low Level Format, sila dapatkan bantuan daripada rakan korang yang arif dalam hal ini. Jika cakera keras anda mempunyai banyak bad sector, korang dinasihatkan membeli cakera keras yang baru.
  7. Jika komputer korang mempunyai kapasiti memori (RAM) yang sedikit, korang boleh mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli memori yang lebih besar kapasitinya.
  8. Korang juga boleh mengurangkan bilangan proses startup. Korang pergi ke Start Menu > Run dan kemudian taipkan msconfig dan diikuti dengan enter. Selepas itu pilih startup taskbar dan buang (uncheck) kotak applikasi yang tidak diingini. Klik Ok dan restart komputer anda.
  9. Korang boleh mengurangkan bilangan Font yang terdapat di komputer anda.

Itu sahaja yang saya dapat kongsikan di sini… selain melakukan perkara dia atas secara menual anda boleh mengunakan software tertentu bagi memudahkan anda.. Selamat Mencuba…

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal