Tuesday, May 5, 2009

Windows XP and Vista Signature!

assalamualaikum

xp signature

Apabila melihat tandatangan pada gambar di atas, mesti anda salah seorang yang pernah terserempak dengannya bukan? Bukan saja pada Windows XP, malah Windows Vista dan Windows 7 yang terkini juga ada tandatangan pada penjuru bawah belah kanan skrin… Di sini aku hendak memberi tutorial ringkas bagaimana hendak mewujudkan tandatangan ini, tetapi ianya telah dicuba pada Windows XP dan Vista sahaja kerana aku tak dapat mencubanya pada Windows 7 buat masa sekarang…

Tandatangan ini juga menunjukkan bahawa anda sedang menggunakan Windows versi berapa dan Service Pack ke berapa… Jika ada yang tak suka Windows anda menunjukkan tandatangannya dan seolah² mengganggu Desktop, anda bolehlah mengabaikan entri ini… Cara untuk menerbitkannya mudah sahaja…

Langkah² yang perlu diikuti:

1. Buka registry editor dengan menaipkan regedit pada kotak ‘Run‘.

2. Pada registry editor, pergi ke direktori HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop dan cari DWORD yang bernama PaintDesktopVersion.

3. Jika DWORD tersebut sudah ada, abaikan langkah ini dan terus ke langkah 5. Jika masih tiada dalam registry anda, cipta DWORD baru seperti rajah di bawah.

create-dword

4. DWORD baru telah dicipta dan setelah itu namakan ia dengan PaintDesktopVersion seperti rajah berikut.

dword-rename

5. Dwi-klik DWORD PaintDesktopVersion dan berikan nilai 1 pada Value data yang diminta. Nilai asal Value data tersebut adalah 0. Klik OK.

value-1

6. Log Off atau Restart komputer anda dan lihat pada perubahan di Desktop.

Selesai sudah tutorial yang ingin aku kongsikan… Moga anda tak menghadapi masalah ketika mencubanya… Sekian…

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal