Saturday, March 14, 2009

Antara klon dengan yang berjenama?

Antara klon dengan yang berjenama?

Soalan yang selalu bermain di fikiran kita iaitu komputer jenama apakah yang bagus, tahan lama, tak rosak, tahan lasak dan laju(?). Sudah tentu ramai yang berpendapat komputer yang berjenama terkenal yang iklannya sering muncul dalam iklan tv atau suratkhabar adalah yang lebih baik. Namun, ia bergantung kepada anda juga iaitu apakah keperluan anda dan berapa pula bajet anda.

Bermula dengan sejarah IBM yang memasarkan komputer dengan jenamanya sendiri, kemudian telah memberi kebenaran lesen IBM untuk sebuah syarikat di Taiwan untuk mengeluarkan komputer dengan harga yang lebih murah. Komputer yang dikeluarkan oleh syarikat taiwan inilah yang dikenali sebagai komputer klon. Strategi IBM memberikan kebenaran membuat komputer klon (serasi IBM) telah memakan diri sendiri. Lihat sahaja, bermula dengan itu, pelbagai jenis komputer klon telah dikeluarkan dengan harga yang murah bersaing dengan komputer berjenama.

Di Malaysia terdapat beberapa tempat terkenal untuk mendapatkan perkakasan (hardware) untuk komputer klon iaitu Plaza Lowyat dan Mines IT City di Seri Kembangan. Walaupun komputer klon tetapi jangan diperlekehkan kerana kini perkakasan (hardware) untuk komputer klon adalah yang berkualiti dan baik.

Dibawah ni sedikit perbezaan diantara komputer klon dan komputer berjenama…

Komputer klon

  • Komputer yang dipasang sendiri samada di kedai komputer atau oleh orang yang mahir tentang komputer menggunakan perkakasan komputer yang boleh didapati di kedai menjual perkakasan komputer.
  • Piawaian yang diguna pakai adalah sama untuk semua jenis komputer iaitu mudah untuk dinaiktaraf dan kalau rosak pun senang mencari alat ganti.
  • Harganya bergantung samada lebih murah atau mungkin saja lebih mahal jika menggunakan perkakasan yang bermutu tinggi dari jenama terkenal.
  • Bebas membuat pilihan mengikut kemahuan pengguna sendiri
  • Mudah nak overclock

Komputer berjenama

  • Dibuat oleh satu rangkaian syarikat komputer yang besar
  • Kebanyakkannya menggunakan komponen yang dibuat khas untuk syarikat tersebut. Ertinya kebanyakkan perkakasan syarikat A tidak boleh digunakan pada komputer syarikat B atau jenis klon.
  • Harganya lebih mahal berbanding komputer klon.
  • Sukar dinaik taraf kerana menggunakan perkakasan mengikut piawai (proprietary) syarikat tersebut. Kalau komputer bermasalah, rosak atau apa-apa hal jadi pengguna perlu bawa balik ke syarikat tersebut.
  • Perkhidmatan lepas jualan dan servisnya bagus.
  • Contoh jenama komputer - Acer, HP, Dell, Compaq, Gateway, Mimos dan lain-lain

Semuanya bergantung kepada anda. Komputer saya di rumah menggunakan komputer klon sebab mudah nak naik taraf. Dan berbanding menggunakan komputer berjenama dengan perbezaan harga yang agak ketara, mungkin lebihan wang anda boleh anda naiktaraf komputer anda dengan perkakasan yang lebih baik….

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal