Saturday, March 14, 2009

Windows XP mudah diceroboh dan digodam!

Bukanlah untuk menakutkan para pengguna Windows XP tapi hanya bagi pengguna Windows XP Service Pack 1(SP1). Demostrasi ini mencerminkan keselamatan yang boleh ditembusi pada Windows XP. Dua orang pakar e-jenayah dari British telah menjalankan ujian pencerobohan ini. Demonstrasi yang dilakukan pada isnin lalu yang ditaja oleh dua badan kerajaan U.K iaitu Get Safe Online dan Serious Organized Crime Agency(SOCA) yang mensasarkan kesedaran keselamatan IT di kalangan peniaga-peniaga kecil. Mereka telah menyambungkan komputer dengan menggunakan Windows XP Service Pack 1 di rangkaian tanpa wayar (wireless). Komputer tersebut juga tidak dipasang antivirus, firewall atau anti-spyware.Dengan rangkaian tanpa wayar (wireless) yang tidak dilindungi dengan kunci keselamatan, ia amat mudah untuk dicerobohi oleh sesiapa sahaja yang boleh mendapat akses ke rangkaian tanpa wayar anda walaupun dari dalam kereta.

Dengan hanya menggunakan aplikasi (tools) percuma yang digunakan kebanyakkan penceroboh yang boleh didapati di internet menyebabkan risiko lebih besar kepada pengguna komputer terutama pengguna yang menggunakan kemudahan wi-fi di kafe-kafe terbuka seperti starbuck.

Namun, risiko ini dapat dikurangkan sekiranya komputer anda dikemaskini dengan Service Pack 2(SP2), memasang firewall, memasang anti-virus dan anti-spyware yang sentiasa dikemaskini.

Artikel penuh boleh didapati di link bawah ini.
http://www.zdnetasia.com/news/security/0,39044215,62034373,00.htm

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal