Saturday, March 14, 2009

Google Dah Kenal 1 Trillion URL


Pada blog rasmi Google, mereka telah mengumumkan bahawa jumlah URL yang berada dalam indeks Google kini telah mencapai sebanyak 1 Trillion (1’000’0000’0000!). Jumlah ini hanya mengambil kira URL unik sahaja, tidak termasuk URL-URL yang merujuk pada laman web yang sama. Sehingga kini, Google terus berusaha keras dalam mengumpul informasi tentang laman-laman web terbaru supaya dapat digunakan dalam carian anda.


Walau bagaimanapun, kuantiti yang besar ini bukanlah segalanya. Yang lebih penting adalah kualiti dalam hasil carian yang dipaparkan oleh Google. Lagipun, biasanya kita hanya tengok hasil carian di muka pertama je kan?

Dengan jumlah yang terlampau banyak ni, semakin sukar nak cari laman web yang betul-betul bagus dan menepati kehendak kita. Tapi kalau anda rajin, anda boleh gunakan perkhimatan web seperti Digg, Reddit, dan del.icio.us untuk mengetahui tempat-tempat yang menarik di segenap ruang web. Jangan habiskan masa untuk MySpace dan Friendster je, jom layari Internet ^^

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal