Saturday, March 14, 2009

Semua tentang ubuntu dan blog ini

Saya telah berfikir, jika seorang pelawat pertama kali datang ke blog ini dengan memiliki "0" pengetahuan tentang sumber terbuka, linux, dan ubuntu, mampukah blog ini memberi gambaran yang jelas tentang semua perkara yang dibincangkan disini? Paling hebatpun pelawat tadi akan scroll down kebawah kemudian pergi ke website lain tanpa tertarik, atau mendapat apa-apa ilmu atau impression tentang sumber terbuka, linux mahupun ubuntu. Kerana itulah saya menulis entri ini.

Tentang Sumber Terbuka, Linux dan Ubuntu.

Definisi

Sumber Terbuka = Konsep keterbukaan dalam pembangunan perisian.

Linux & Ubuntu = Bayangkan Linux adalah rumah dan Ubuntu adalah bilik. Kemudian anda akan berada dilandasan yang betul untuk memahami kedua-duanya.

Ubuntu = Sistem Operasi komputer seperti windows (keluaran microsoft), mac osx, redhat, fedora dan sebagainya.

Install Ubuntu

Untuk menggunakan sistem operasi ubuntu dalam komputer, seseorang perlu mendapatkan CD nya terlebih yang boleh didapati secara percuma dengan membuat pesanan di laman web berikut : https://shipit.ubuntu.com/

Untuk proses installasi ubuntu, sila rujuk page berikut : Cara install Ubuntu

Untuk proses installasi ubuntu dalam windows menggunakan wubi sila rujuk page berikut : Install ubuntu guna wubi

Asas-Asas pengetahuan tentang Ubuntu

Sila download file pdf (dalam bentuk e-majalah) dengan merujuk page berikut : E-Majalah Ubuntu for Malaysia (Dalam bahasa Melayu)

Rujuk diblog ini

Untuk merujuk mengenai perkara tertentu seperti internet, tema, perisian dan sebagainya, sila klik pada pilihan kategori pada sidebar blog ini.

Untuk mencari keyword khusus mengenai rujukan anda, sila taipkan keyword tersebut pada ruangan search pada bahagian atas sidebar.

Pada sidebar disebelah ini juga terdapat fungsi achieve yang memaparkan tajuk-tajuk entri sebelum ini yang boleh diklik untuk anda terus pergi ke entri tersebut. Ianya dibahagikan mengikut minggu, bulan, tahun untuk memudahkan anda merujuk.

Antara Artikel penting untuk pengguna ubuntu baru

Asas-asas memasang software dalam ubuntu
Asas-Asas ubuntu : Perbandingan dengan windows
Pengetahuan Am dalam Ubuntu
Perkara perlu dilakukan sebaik install ubuntu

Hubungi saya terus

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, masalah, perbincangan, cadangan dan sebagainya, sila hubungi saya dengan merujuk kepada email yang saya letakkan disebelah atau melalui yahoo messenger.

Saya harap kesemuanya jelas dan membantu.

1 comments:

ahmad hafizi on April 8, 2009 at 12:16 PM said...

rezza....lain kali ...
usaha sendiri..tu..?
sangat molek dohh...tapi iklan kat tepi tak ade...?

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal