Dalam proses install semula Windows, tugas yang paling melecehkan adalah install semula kesemua driver yang diperlukan. Anda harus klik satu-persatu pada CD Driver yang diberikan, dan proses ini akan memakan banyak masa lebih-lebih lagi jika terdapat banyak hardware pada komputer tersebut. Dan bagaimana pula jika anda tak ada CD Driver? Lagilah haru jadinya T_T
Adalah lebih baik jika anda backup dulu driver anda sebelum memulakan proses install semula Windows. Ini boleh dilakukan dengan DriverMax. Dengan DriverMax, anda boleh eksport kesemua driver anda dan simpan ia dalam bentuk fail. Setelah proses install Windows dijalankan, anda boleh import semula fail driver tersebut. Hanya dengan satu klik sahaja, semua driver anda akan siap terpasang dan segala hardware dalam komputer anda kini boleh digunakan.
DriverMax adalah percuma, tetapi ia memerlukan pendaftaran untuk mendapatkan nombor siri.
0 comments:
Post a Comment