Saturday, March 14, 2009

Tukar Lokasi bagi My Documents, My Pictures, dan Desktop

Apabila anda melakukan proses pemasangan kembali Windows (reinstall Windows), folder-folder seperti My Documents, My Music, My Pictures, dan Desktop pastinya akan hilang kerana Drive C: telah diformat kembali. Jika anda merupakan seorang yang kerap kali melakukan proses reinstall Windows ini, saya cadangkan supaya ada menyimpan dokumen-dokumen anda pada drive yang lain.

Dengan TweakUI, anda boleh mengubah lokasi bagi folder-folder istimewa seperti My Documents, My Music, My Pictures, dan Desktop. Buka TweakUI dan pergi kepada My Computer > Special Folder. Di sini, anda boleh memilih folder mana yang akan ditetapkan. Klik pada “Change Location” dan letakkan folder tersebut pada drive selain dari C:. Dengan ini, dokumen anda akan tetap selamat walaupun setelah diformat ^^

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal