Saya baru sahaja mendapat mesej “Low Disk Space” dari Windows yang menyatakan ruang pada Local Disk (C:) saya hampir penuh. Ini membuatkan saya tertanya, fail apa yang besar sangat sampai nak penuh partition saya ni?
Anda juga pastinya pernah mengalami situasi yang sama. Bagi membantu anda mengenalpasti fail-fail manakah yang banyak menggunakan ruang pada partition anda, gunakan Disktective.
Disktective boleh memaparkan saiz bagi direktori-direktori dalam partition anda, dalam bentuk byte mahupun dalam peratus. Informasi ini dipaparkan dalam bentuk carta pai agar dapat memudahkan anda.
Download Disktective di sini.
0 comments:
Post a Comment