Thursday, April 23, 2009

Firefox 3.0.9 Membawakan Kemaskini Kritikal

Pihak Mozilla telah pun mengeluarkan versi terbaru pelayar web kegemaran ramai, iaitu Firefox 3.09, yang mana menyelesaikan beberapa masalah pepijat yang telah dikenal pasti, dan salah satunya dilabelkan sebagai berbahaya, dan kesemua pengguna diminta untuk mengemaskini pelayar web Firefox mereka kepada versi terbaru.

Masalah yang dikenal pasti sebagai kritikal ini bukan sahaja untuk pengguna Firefox 3.xx, tetapi juga untuk para pengguna Firefox 2.0.x. Oleh kerana tiada lagi sokongan yang diberikan kepada versi Firefox 2.0.x, Mozilla meminta para pengguna mengemaskini pelayar web mereka kepada Firefox 3 secepat mungkin.

Untuk mengemaskini pelayar web Firefox 3 anda, hanya klik pada menu Help dan seterusnya pilih Check For Updates, dan proses kemaskini akan dimulakan secara automatik.

Dalam beberapa hari akan datang juga, dijangkakan Firefox 3.5 Beta 4 menemui para pengguna. Mozilla sebelum ini menjenamakan semula Firefox daripada Firefox 3.1 kepada Firefox 3.5, yang mana memperlihatkan versi akhir Firefox 3.5 bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru kepada para pengguna

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal