Thursday, April 23, 2009

Virus 'April Fool' melanda

PUSAT keselamatan siber khas negara, CyberSecurity Malaysia memberi amaran serangan cecacing terbaru yang dijangka melanda pengguna komputer Malaysia hari ini dengan kodnya, Conficker.C.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol Husin Jazri, serangan cecacing dari kategori 'malware' itu diprogramkan untuk berhubung dengan alamat 'domain' pengguna yang mampu berjangkit sekiranya komputer tidak diperbaharui dengan anti-virus terkini.

"Situasi masih dalam kawalan dan kami sudah menjalin kerjasama dengan pendaftar domain .my serta rakan kongsi antarabangsa lain bagi menyekat virus Conficker.C ini,"

kata Husin.Sementara itu, jurucakap vendor perisian keselamatan, Trend Micro Inc, memaklumkan jangkitan Conficker.C atau dikenali Worm_downad ini mampu merebak ke lebih 15 juta komputer seluruh dunia dengan paten bermula 5.885.00.Oleh itu, Trend Micro menasihatkan pengguna agar mengikut beberapa langkah keselamatan termasuk menetapkan laman web ke 'Web Reputation Service', memastikan definisi virus diperbaharui dan melaksanakan imbasan sistem secara penuh bagi mengelak jangkitan.

Sekiranya pengguna ingin memaklumkan sebarang virus, anda boleh melayari laman web Cybersecurity Malaysia atau menghantar e-mel ke cyber999@cybersecurity.my

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal