Monday, April 6, 2009

Pelayar web : Mana satu pilihan hati?

Harini saya nak berkongsi sedikit mengenai pelayar web atau dalam bahasa inggerisnya web browser. Bagi pengguna Windows sudah tentunya mengenali biasa menggunakan pelayar web Internet Explorer. Namun, semakin lama semakin banyak kemunculan pelayar-pelayar web yang dicipta untuk pengguna. Kebanyakkan laman web

cuba menampilkan keunikan dan kelainan setiap pelayar web yang dihasilkan.

Selain Internet Explorer, pelayar web yang popular kini adalah Firefox. Selain itu, terdapat beberapa lagi pelayar web yang mempunyai keunikannya sendiri dan yang paling penting ia serasi dengan Windows.

Senarai Pelayar Web :

  1. Firefox 2

- Pelayar web ini kini amat popular dan merupakan alternatif terbaik dengan pelayar web sedia ada. Dengan kemaskini (update) yang kerap, ia memberikan nilai dan tahap keselamatan yang tinggi kepada pengguna. Sekaligus mampu mengelakkan ancaman seperti virus, spyware, popup dan malware.

- Selain itu, ia lebih laju dan mempunyai pelbagai fungsi yang boleh ditambah untuk meningkatkan lagi keupayaan pelayar web ini.

- Antara ciri-ciri yang terdapat pada pelayar web ini, mempunyai peluncuran tab, mempunyai fungsi restore, anti-phising dan fungsi RSS.

- Laman web : http://www.mozilla.com/en-US/firefox/

firefox2.jpg

  1. Internet Explorer 7

    - Pelayar web ini merupakan paling banyak digunakan kerana telah tersedia pakej di dalam Windows. Berbanding dengan versi sebelumnya, versi ini telah banyak penambahbaikkan telah dilakukan. Namun, walaupun banyak perubahan yang dilakukan dari segi keselamatan dan fungsi, ia tetap belum dapat memenuhi standard web semasa kerana masih ada memiliki hole atau ruang yang memungkinkan ia mudah di godam.-
    Antara ciri dan fungsi yang ditambah di versi ini ialah peluncuran tab, fungsi RSS dan antaramuka yang lebih menarik.- Laman web : http://www.microsoft.com/windows/downloads/ie/getitnow.mspx

ie7beta3big.jpg


  1. Opera 9.24

- Walaupun pelayar web ini kurang publisiti tetapi ia masih mempunyai peminatnya tersendiri. Namun, ia mempunyai inovasi yang tinggi dengan pelbagai fungsi dan ciri keselamatan.

- Antara ciri pelayar web ini ialah penggunaan memori yang kurang berbanding pelayar web yang lain membolehkan laman web dimuatkan dengan lebih cepat. Selain itu, ia turut dilengkapi peluncuran tab, fungsi RSS dan aplikasi email.

- Laman web : http://www.opera.com

opera-largedesktop.jpg

Terdapat beberapa lagi pelayar web yang boleh anda

cuba dan gunakan mengikut keperluan dan kesesuaian anda.
  1. Safari 3
    - Laman web : http://www.apple.com/safari/

    safari1.jpg

  2. Flock 1.0
    - Laman web : http://www.flock.com

    flock.jpg

  3. Maxthon 2
    - Laman web : http://www.maxthon.com

    maxthon_main.jpg

  4. Netscape Navigator 9
    - Laman web : http://www.mozilla.com

    netscape9.png

  5. K-Meleon
    - Laman web : http://kmeleon.sourceforge.net/

    kmeleon09-04.jpg

Apa pendapat anda? Kalau ada pelayar web lain yang anda gunakan dan ada komen, cuba ceritakan sikit…

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal