Monday, April 20, 2009

Jenis - Jenis Spyware

Spyware adalah penyebab kepada kerosakkan komputer, komputer jadi slow, internet slow dan juga pencuri maklumat atau data.. Spyware paling bahaya ialah mencuri data.. Ada beberapa jenis-jenis spyware yang anda patut kenali, dan semua jenis-jenis ini membawa kepada satu tujuan yang sama iaitu menyusahkan diri kita.. Diantaranya ialah :

1. Adware

Ia adalah program yang berada di dalam komputer anda, ia hanya menunggu masa untuk anda melayari internet. Selalunya ia terletak pada internet cookies.. Adware akan bertindak menghantar popup, popover dan poppunder ads apabila ia mengesan anda berhubung pada internet.. Adware digunakan untuk pengiklanan sesetengah syarikat.. Ia akan masuk ke dalam komputer anda melalui perisian percuma yang tidak boleh dipercayai, di mana perisian itu diperlukan untuk memasuki sesebuah laman web tersebut..

2. Keyloggers

Ia juga dikenali sebagai keybord logger.. Ia dicipta untuk mencuri.. Keylogger ini akan merekod keystrokes, mengambil kata laluan anda, nombor akaun bank atau maklumat-maklumat peribadi anda.. Tugasnya senang jer, Apabila anda log in dalam online banking, ia akan rekod no pin anda.. Atau apabila anda membuka email anda, ia akan rekod kata laluan anda.. Ia akan rekod segala2nya samada anda online atau offline, dan semua maklumat akan dihantar kepada pencuri ni tanpa pengetahuan dan keizinan anda..

3. Browser Hijack

Yang ni pulak, ia menginstall dirinya sendiri kedalam komputer anda.. Ia akan menukar default homepage dalam pelayar web anda dan disable kan untuk setting itu.. Setiap kali anda membuka pelayar web anda, ia akan membawa anda ke laman web yang telah diset pada default homepage tadi.. Motifnya untuk mempromosikan laman web itu atau pengiklanan.

4. Modem Hijacker

Modem Hijackers merujuk kepada kepada pemanggil.. Program ini selalunya datang melalui perisian p2p, mp3 percuma atau laman web porno.. Pemanggil ini akan mendapatkan maklumat line telepon anda melalui modem.. Ia akan menggunakan line telepon anda untuk membuat panggilan tanpa izin.. Selalunya ia digunakan untuk chatting porno.. Tanpa disedari bil telepon anda melambung tinggi..

Artikel Berkaitan :
  • 5 Cara Virus, Spyware, Malware Serang Komputer
    1. E-mail Dengan membuka email saja, komputer anda boleh diserang…Lagi2 email yang disertakan dengan...
  • Internet & Kegunaannya
    Internet ialah satu rangkaian komputer yang sangat luas dan besar. Ia meliputi sekumpulan komputer atau...
  • Enjin Carian [search engine]
    Enjin carian [search engine] ialah sistem dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah...
  • Proxy Sekat Laman Web, Internet
    Anda tidak boleh melayari laman web yang dikehendaki seperti [ myspace, friendster, surat khabar online...
  • Langkah Mudah Tukar Bateri CMOS, Syiling 20sen
    Ada beberapa Langkah mudah tukar bateri CMOS 1. Matikan [suis off] semua plug komputer Kalau...
  • 0 comments:

    Post a Comment

     

    My Blog List

    Followers

    Recommended Gadget

    • ads
    • ads
    • ads
    • ads

    Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal