Google telah memperkenalkan fungsi baru pada GMail Labs yang mana mungkin tiada gunanya bagi semua pengguna, tetapi masih interaktif, dan memperlihatkan sejauh mana Google membangunkan teknologi emelnya. Melalui fungsi baru ini, GMail akan mencadangkan penerima-penerima berkaitan setiap kali anda ingin menghantar emel kepada sesiapa.
Fungsi Cadangan Penerima Pada GMail [via]
Walaubagaimanapun, fungsi cadangan ini hanya akan mula berfungsi, setelah anda masukkan lebih daripada dua nama penerima emel, dan sering menghantar emel kepada sesuatu kumpulan yang sama. Sekiranya anda tidak pernah menghantar emel yang berkaitan kepada penerima yang sama, fungsi ini tidak akan mencadangkan sebarang nama penerima yang lain. Sebagai contoh, sekiranya anda menghantar emel kepada lima orang yang sama, pada kali berikutnya anda ingin menghantar emel, ianya akan mencadangkan nama lima orang yang berkaitan, dan nama-nama orang lain yang tersenarai pada senarai emel anda tidak akan dicadangkan.
Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu klik pada tab Settings, dan aktifkannya melalui pilihan GMail Labs.
0 comments:
Post a Comment