Monday, April 6, 2009

Perisian alternatif : Jimatkan wang anda dengan OpenOffice.org 2.3

Jimatkan wang anda dengan OpenOffice.org 2.3

Hari ini nak kongsi cerita sikit mengenai perisian pejabat. Perisian pejabat seperti Microsoft Office adalah perisian penting yang mesti kita pasang dalam komputer kita sebab kalau takde tak bolehlah kita nak buat kerja. Tapi sekiranya kita beli komputer atau laptop baru ada yang tidak disertakan dengan perisian pejabat Microsoft Office pasti menyusahkan. Lagi pula nak dapatkan yang ori tak mampu pulak (pirate pun susah nak cari skrg nih). Di sini ada alternatif untuk kita, malah percuma. Jangan kata yang percuma itu tidak berkualiti!

ooo23_splashscreen.jpg

OpenOffice.Org merupakan salah satu pilihan kepada pelbagai perisian pejabat. Ia adalah gabungan yang berkaitan bagi tujuan pemprosesan perkataan (word processing) , laman lebaran (spreadsheet), paparan (slide) dan pangkalan data. Ia setara dengan perisian pejabat Microsoft Office.

op1.jpg

Mengapa OpenOffice.Org ?

> Ia percuma dan boleh di pasang dengan kebanyakkan jenis Windows iaitu Windows 98,ME, XP & Vista.

> Dengan Perlesenan Sumber Terbuka (Open Source http://www.opensource.org/) yang bebas dan tanpa apa-apa bayaran dikenakan untuk lesen penggunaan. OpenOffice.Org boleh dimuat turun, disalin, dipasang dan disebarkan tanpa sekatan perlesenan yang terhad dan tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.

> Ia adalah pelbagai perisian dalam satu. Semua keperluan pejabat sama ada untuk dokumen, menyediakan graf, menyediakan presentation, pangkalan data dan pelbagai tujuan. Sama seperti Microsoft Office.

op2.jpg

> Perkara paling penting, OpenOffice.Org boleh membaca dan menyimpan dalam format Microsoft Office seperti DOC, XLS, PPT dan fail-fail yang dihasilkan oleh Microsoft Office sama ada versi lama atau yang terbaru.

> Dengan OpenOffice.Org dokumen boleh disimpan dalam bentuk PDF. Ini membolehkan dokumen dikongsikan dalam keadaan yang diinginkan antara pengguna komputer.

> OpenOffice.Org boleh menyimpan data dalam bentuk XML, Perisian pertama dalam kelasnya. Ini membolehkan fail-fail OpenOffice.Org dibaca oleh perisian-perisian lain bagi tujuan perkongsian data. Schema dan format data XML yang dijanakan oleh OpenOffice.Org, adalah dokumen terbuka yang boleh didapati di http://www.openoffice.org/ . Perisian-perisian lain dengan mudah dibangunkan untuk membaca fail-fail XML hasil OpenOffice.Org.

> OpenOffice.Org didatangkan dengan sistem bantuan (help) yang boleh membantu pengguna yang baru dalam mempelajari penggunaan OpenOffice.Org. Cara penggunaan OpenOffice.Org tidak banyak bezanya apabila dibandingkan dengan perisian pejabat yang popular. Dengan ini proses peralihan adalah mudah dan tidak mengambil masa.

Mengapa perlu bayar kepada sesuatu yang kita boleh dapatkan secara percuma? Jadilah pengguna bijak…

OpenOffice.Org boleh dimuat turun di http://www.openoffice.org/

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal