Tuesday, April 7, 2009

OpenOffice.org : 50 juta download dan versi 3.1


Ianya satu perjalanan yang cukup panjang untuk sesuatu yang percuma dan bebas itu diterima oleh umum. Pelbagai cabaran dan halangan termasuk maklum balas pengguna yang lebih sukakan susuatu yang mudah berbanding sesuatu yang lain yang dikira asing, berkonsep kuno dan sebagainya. Itulah asam garam, sepak terajang pembangunan perisian sumber terbuka. Namun ada sesuatu sebenarnya yang mereka capai, kepuasan.

Apa tidaknya, sejak OpenOffice.org 3.o dilancarkan sekitar Oktober 2008 kini angka download dari mirror download.openoffice.org sahaja telah mencapai 50 juta orang (secara tepat : 52,893,947). Jika komposisi penduduk dunia ialah 6 billion orang, setidak-tidaknya sekitar 0.83% penduduk bumi adalah pengguna OpenOffice.org versi 3.0!

Pada 4 april lalu, OpenOffice.org versi 3.1 Release Candidate telahpun dilepaskan. Seperti yang saya review dalam blog ini beberapa minggu sebelum ini, OOo.org 3.1 akan memperkenalkan beberapa ciri baru dan antaranya ialah anti-aliasing yang akan memberikan kejituan dan kekemasan kepada setiap bucu objek grafik dalam dokumen OOo.

Fungsi baru yang lain dapat dibaca dan dirujuk dari laman ini.

Disaat krisis ekonomi global yang masih tenat meskipun pelbagai pakej stimulus diumumkan oleh kebanyakkan negara, perisian sumber terbuka seperti OOo.org dilihat akan semakin diberi tumpuan samada pihak kerajaan atau juga swasta. Ini secara tidak lansung akan memperkenalkan lagi perisian sumber terbuka dan kita sebagai pengguna biasa berharap agar pembangunan perisian sumber terbuka akan mendapat tajaan (dari segi kewangan dan sokongan) dari pelbagai sumber terutamanya organisasi yang menggunakannya.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal