Monday, April 6, 2009

Perbaiki Internet Explorer 7 (IE7) dari Crash

Biasa menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE)? Pastinya hampir semua pengguna sistem operasi terutama pengguna Windows pernah menggunakan IE untuk melayari internet. Versi terkini ialah Internet Explorer 7. Walaupun Microsoft telah membuat pembaharuan untuk pelayar IE7 namun hakikatnya masih ada masalah yang berulang atau masih sama. Pasti ada yang mengalami masalah IE yang selalu crash dan kehilangan data ;(. Dan lebih buruk lagi selalu pula berlaku crash ni. Ada banyak sebab berlaku crash pada IE ni.

ie7crash.jpg

Antara sebab-sebab berlakunya crash pada IE7 ialah fungsi add-on yang ditambah pada IE7 atau pun disebabkan melawat laman web yang yang mungkin mengandungi script yang mungkin tidak boleh dibaca oleh IE7. Walau apapun, memang banyak sebab yang tidak diketahui dan dijangka mengapa IE7 boleh crash , namun sebagai pengguna anda perlu peka dengan perkara yang anda lekukan terutama mendownload sebarang perisian percuma. Dan antara sebab-sebab berlakunya crash pada IE7 ialah fungsi add-on yang ditambah pada IE7 tidak berfungsi dengan baik, disebabkan melawat laman web yang yang mungkin mengandungi script yang mungkin tidak boleh dibaca oleh IE7, perisian-perisian third-party software yang tidak berintegrasi dengan baik bersama IE7 dan yang paling biasa sekali ialah malware.

Di mana Add-on IE7 di pasang?
Anda boleh pergi ke menu Tools > Manage Add-ons > Enable or Disable Add-ons…

addon.png

Seterusnya, paparan dan senarai add-on yang dipasang pada IE7 anda akan terpapar. Sekiranya anda pernah memasang (install) sebarang perisian terutama toolbar, maka ia akan terpapar seperti dibawah. Untuk kepastian sekiranya add-on yang dipasang itu membawa masalah, anda boleh menguji dengan disable add-on tersebut.

addon.jpg

Uninstall IE7 (Windows XP sahaja)
Sekiranya masih gagal dan berlaku crash, jika sebelum ini anda menggunakan IE yang terdahulu dan telah upgrade versi terkini iaitu sebelum ini anda menggunakan IE6 dan upgrade ke IE7, anda boleh Uninstall dan menggunakan IE6 lama anda…

Untuk uninstall IE7 anda, klik butang Start > Control Panel > Add Or Remove Programs

remove.png

Sistem akan restore kepada IE6.

Namun tahukah anda bahawa menggunakan IE versi yang terdahulu akan mendedahkan anda pencerobohan dari pihak luar terutama hackerr, virus dan malware?!

Sudah tiba masanya anda membuat sedikit perubahan dengan menggunakan pelayar (browser) yang terkini dan lebih selamat. Saya mencadangkan anda menggunakan pelayar Firefox untuk pelayaran internet yang lebih baik, selamat dan pantas.

Untuk muat turun Firefox percuma klik link di bawah ini :

Firefox

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal