Sunday, April 5, 2009

Upload Gambar Ke Friendster dan Myspace Dengan Pantas

Kalau korang selalu upload gambar ke Friendster, MySpace, atau Facebook; korang perasan tak proses upload tu macam lama sangat kan? Ini sebab korang upload gambar yang diambil dari kamera, biasanya bersaiz besar (1.5MB – 3MB), bergantung kepada setting pada kamera. Kalau korang nak upload gambar-gambar ni dengan cepat, apa kata korang kecilkan dulu saiz failnya. Tak susah pun, kat sini saya nak tunjukkan cara-cara mengecilkan gambar menggunakan Picasa.

Bagaimana Nak Kecilkan Saiz Fail Menggunakan Picasa

  1. Buka Picasa dan pergi kepada gambar yang korang nak upload. Kemudian klik pada butang Export. Korang boleh pilih banyak gambar sekaligus untuk menjimatkan masa.
    kecilkan-gambar-01
  2. Tetapkan saiz baru bagi gambar tu. Untuk upload kat Friendster, MySpace, atau Facebook takyah besar sangat. Dalam 450-500 piksel cukup la.
    kecilkan-gambar-02
  3. Ok, siap. Picasa akan automatik buka folder yang mengandungi gambar yang dah dikecilkan tu. Kat sini, saya berjaya tukar gambar sebesar 2.71MB sehingga 56KB je (hanya 0.02% dari saiz sebenar 0.o) . Walaupun saiz dah kecil, gambarnya tetap cantik.

Gunakan gambar yang dah dikecilkan ni untuk Friendster, MySpace, atau Facebook. Oleh kerana saiznya yang kecil, korang tak perlu lagi nak tunggu lama-lama untuk upload. Selamat mencuba ^^

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal