Thursday, April 23, 2009

Microsoft Mula Memburu Pengguna XP Cetak Rompak


Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh Microsoft adalah pengedaran versi cetak rompak sistem operasinya, yang mana menjadi antara pesaing utamanya sendiri. Untuk mengatasinya, kini Microsoft mula memburu para pengguna Windows XP versi cetak rompak. Melalui kemaskini terkini untuk WGA, ianya bakal melabelkan XP cetak tompak ataupun yang dicrack, sekali gus mengurangkan penggunaan sistem operasi XP versi cetak rompak.


Melalui kemaskini Windows Genuine Advantage (WGA) yang baru, ianya bakal membolehkan Microsoft mengenal pasti kesemua sistem operasi versi cetak rompak, samaada menggunakan kekunci yang tipu, crack atau sebarang cara lain untuk mengatasi proses aktifkan Windows XP. Kemaskini ini bakal diedarkan sekali dengan kemaskini Windows XP secara automatik. Walaubagaimanapun, ianya hanya akan berkesan sekiranya proses kemaskini automatik diaktifkan pada komputer yang menggunakan Windows XP versi cetak rompak.

Bagi para pengguna yang disenarai hitamkan melalui proses ini, bakal melihat sebuah mesej pada skrin log masuk mengatakan mereka telah menjadi mangsa cetak rompak, selain mengubah desktop mereka kepada warna latar berwarna hitam, dan memaparkan mesej di atas system tray, dengan maklumat lanjut yang membolehkan pengguna yang tertipu untuk membuat laporan.
Sesiapa yang terkena Windows Genuine Advantage Notifications pada windows.
sila download disini untuk RemoveWGA.exe

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal