Sunday, April 5, 2009

Windows 7 - Pandang Pertama

windows-7

Alhamdulillah selepas berhari-hari saya biarkan PC saya terpasang, dapat juga saya siapkan download Windows 7 Beta ini. Setelah siap, terus saya burn ke dalam DVD untuk mencubanya segera. Proses pemasangan Windows 7 Beta adalah mudah dan pantas, malah lebih pantas dari Vista dan XP.

Apa yang dapat saya katakan ialah, saya kagum dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Windows 7 Beta. Akhirnya, Microsoft sudah mendengar keluhan pengguna dan mula memperbaiki sistem pengoperasian mereka serta menambah pelbagai ciri-ciri baru. Dalam entri pada kali ini, saya akan bawa anda untuk melihat Windows 7 Beta:

Ubahsuai Desktop dan Tema Windows

Desktop asas Windows 7 Beta adalah berwarna biru, dengan gambar seekor ikan di tengah lautan yang luas. Apa simboliknya ikan ini ya? Saya pun tak tahu.

desktop

Klik kanan pada desktop untuk melihat menu Gadgets dan Personalization. Dari menu inilah anda dapat mengubahsuai desktop Windows 7 Beta mengikut citarasa anda.

Dari menu Gadgets, anda boleh menambah apa-apa gajet dan susun (atau teraburkan) pada desktop anda.

gadgets-02

Dari menu Personalization pula, anda boleh mengubah tema, warna, mahupun bunyi dalam Windows.

personalization

Apabila anda mengubah tema, wallpaper dan warna asas turut diubah. Saya dapati proses menukar tema ini lebih pantas dari Windows XP.

theme

Taskbar dan Start Menu Pelbagai Fungsi

Ikon dalam Taskbar adalah lebih besar, tanpa teks di sebelahnya. Semua tetingkap yang terbuka dalam Windows tidak diletakkan satu-persatu pada Taskbar, tetapi disusun mengikut program tersebut.

Windows 7 Taskbar

Apabila anda menggerakkan mouse di atas taskbar, ia akan memaparkan thumbnail mengenai yang sedang dibuka. Anda juga boleh gerakkan mouse pada thumbnail tersebut untuk paparkan saiz sebenar tetingkap tersebut. Malah, anda boleh terus tutup satu-satu tetingkap dari thumbnail ini.

Windows 7 Taskbar

Start Menu adalah peningkatan dari Windows Vista. Apabila anda mula menaip dalam Start Menu, ia akan mencari program mengikut kata kunci anda.

start-menu

Terdapat banyak lagi fungsi yang berguna dalam Taskbar dan Start Menu, akan saya muatkan dalam entri yang lain.

Program-program Asas

Pelbagai program-program asas dalam Windows 7 telah mendapat sentuhan baru, serta diberikan antaramuka Ribbon. Antaranya ialah Paint:

paint

WordPad juga kini berkeupayaan membuka fail .docx meskipun anda tidak mempunyai MS Office 2007.

wordpad

Calculator boleh didapat dalam empat mod: Standard, Scientific, Programmer, dan Statistics.

calculator

Jadi bagaimana pula dengan Notepad? Jangan bimbang, bagi mereka yang pentingkan fungsi minimalis, Notepad lama masih dikekalkan.

notepad

Sambung Kepada Wi-Fi dengan Mudah

Ikon network yang terletak pada Taskbar memudahkan anda untuk menyambung pada mana-mana Wi-Fi di kawasan anda. Hanya klik pada ikon tersebut, dan pilih pada sambungan Wi-Fi yang anda mahu.

wifi

Tanggalkan USB Drive dengan Mudah

Apabila anda klik pada ikon “Safely Remove Hardware”, ia bukan sahaja memaparkan drive letter bagi pen drive anda, malah namanya sekali. Jadi anda tahu pen drive mana yang anda ingin tanggalkan. Mungkin ini hanya fungsi yang kecil, namun ianya sangat memudahkan kerja.

removable

Kawal Notifikasi dari User Account Control (UAC)

Sekiranya dalam Vista, fungsi UAC sangat menyusahkan anda, kini pada Windows 7 anda boleh mengawal amaran yang diberikan olehnya.

uac

Masalah Kesesuaian Program

Hampir kesemua program yang saya gunakan dalam Windows XP, dapat digunakan dalam Windows 7. Namun beberapa program seperti Adobe AIR, Adobe Photosop, dan Oracle 10g tidak dapat dipasang. Oleh kerana Windows 7 masih dalam peringkat Beta, masalah ini memang biasa berlaku.

Namun, apa yang menghairankan saya adalah mengapa Windows 7 Beta tidak dapat mengakses partition yang dibuat oleh Windows XP dahulu, meskipun ianya berformat NTFS. Sekali lagi, mungkin kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat Beta, jadi fungsi tersebut ditahan buat sementara waktu.

Edit: Kata Firdee di ruangan komen, dia dapat membuka partition lama macam biasa je. Ia juga mungkin berbeza pada komputer anda.

Akhir Kata

Seperti yang saya katakan pada awal entri ini, saya kagum dengan peningkatan yang ditonjolkan oleh Windows 7 Beta, baik dari segi antaramuka mahupun kefungsian yang lain.

Mungkin ada yang mengatakan Windows 7 meniru ciri-ciri yang ditampilkan oleh Gnome, KDE, mahupun OSX; dan realitinya tuduhan itu mungkin benar. Namun itulah dunia perisian, mana fungsi yang baik itulah yang diimplementasikan dalam perisian yang lain (ingat Firefox dan Opera), sekaligus menggalakkan persaingan dan meningkatkan kualiti.

Saya teruja untuk melihat lebih banyak lagi fungsi-fungsi dalam Windows 7. Malah bukan Windows sahaja, saya juga berminat untuk membuat liputan terhadap sistem pengoperasian (serta distro) yang lain seperti Ubuntu, Fedora, dan OSX. Cuma bab OSX ni, memang hanguslah poket saya nanti.

Jadi para pembaca Sembang Komputer sekalian, bersempena semangat Hijrah yang masih belum padam ini, saya ingin anda cadangkan, artikel apakah yang anda ingin lihat bagi tahun 2009 ini? Sila tinggalkan cadangan anda di ruangan komen ye :

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal