Thursday, April 23, 2009

Microsoft Membawakan Web IM Ke Dalam Hotmail

Sepertimana Yahoo! mengintegrasikan Yahoo! Messenger pada Yahoo! Mail, kini Microsoft juga mula mengintegrasikan Windows Live Messenger pada Hotmail. Walaubagaimanapun, buat masa ini, hanya pengguna daripada beberapa buah negara sahaja yang dapat menggunakan fungsi ini.

Web IM di Hotmail
Hantar Mesej Terus Kepada Senarai Hubungan Anda [via]

Ianya dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia secara berperingkat dalam masa terdekat ini.

Jadi, kini anda boleh berhubung dengan rakan anda, walaupun tiada Messenger yang dipasang pada komputer anda. Tetapi sekiranya anda mempunyai Windows Live Messenger sedia dipasang pada komputer, dan anda log masuk ke dalam Hotmail, anda akan diberikan notifikasi mengatakan anda telah log masuk di dua tempat, dan semua mesej yang anda terima akan dipaparkan di kedua-dua tempat serentak.

Selain itu, anda juga boleh secara terus menghantarkan mesej kepada senarai hubungan anda di People, sebagai alternatif lain untuk menghantar mesej daripada Hotmail atau Windows Live Messenger.

Sebelum ini, Microsoft memperkenalkan fungsi untuk mengintergrasikan Windows Live Messenger pada halaman web dan blog anda dengan mudah. Nampaknya kini, Microsoft sedang giat membangunkan aplikasi Messenger miliknya untuk mencapai penggunaan yang tinggi, dan menjadikannya mesra pengguna.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal