Monday, April 6, 2009

Menukar Lagu CD Audio Anda Ke MP3

Menukar Lagu CD Audio Anda Ke MP3

Anda ada banyak koleksi CD artis-artis terkenal atau mempunyai lagu kegemaran?
Harini saya nak berkongsi sedikit iaitu bagaimana kita nak menukar CD audio kita kepada format MP3. Sedikit tutorial ringkas untuk anda iaitu langkah-langkah menukar lagu kegemaran anda dari format CD ke MP3 atau WMA(windows media audio). Dengan menggunakan utiliti dari Windows Media Player 11, anda tak perlu lagi menggunakan perisian penukar (converter) mp3 yang lain.
* Mp3 satu format audio yang popular dan anda boleh dengar dimana-mana dengan memasukkan ke dalam telefon bimbit anda, ipod anda mahupun MP3 player anda.

Langkah 1

Apa yang anda perlukan hanyalah perisian Windows Media Player 11 yang sememangnya ada di dalam komputer anda. Sekiranya anda menggunakan Windows Media Player 10 atau kebawah, pastikan anda memuat turun Windows Media Player 11 terlebih dahulu. Ia boleh dimuat turun secara percuma di laman web Microsoft iaitu http://www.microsoft.com/windows/windowsmedia/player/11/default.aspx

Langkah 2

Klik ikon Windows Media Player di desktop anda.
mp31.jpg

Atau anda boleh cari di menu program anda di Start > All Programs > Windows Media Player.
mp32.jpg

Langkah 3

Seterusnya terdapat beberapa tab menu pilihan di atas tetapi anda hanya perlu klik tab menu Rip.
mp33.jpg

Di sini anda boleh menetapkan format fail yang anda mahu samada format MP3 atau wma dengan ke menu Rip > Format > mp3. Perbezaan yang ketara diantara kedua-dua jenis fail ialah sekiranya anda memilih format MP3 berbanding WMA fail atau saiz audio MP3 adalah lebih kecil berbanding WMA. Jadi anda boleh menyimpan lebih banyak lagu dan kebanyakan pemain lagu menyokong fail MP3 berbanding fail WMA.

mp34.jpg

Untuk Bit Rate biasanya untuk bunyi yang baik adalah 128Kbps dan sudah memadai. Dan anda boleh memilih bit rate yang lebih tinggi seperti 320Kbps untuk bunyi yang lebih baik tapi kesannya, fail yang terhasil adalah agak besar. Anda boleh melakukan eksperimen untuk membuat perbandingan sendiri nanti.

mp35.jpg

Langkah 4Masukkan CD audio artis kegemaran anda dan masukkan ke CD-ROM atau DVD-ROM anda. Disini saya memasukkan CD Siti Nurhaliza ( awek lama nih.. hehe). Secara automatik, senarai track lagu terpapar dan kemudian Windows Media Player 11 akan melakukan proses menukar lagu CD audio anda ke MP3 juga secara automatik.

mp36.jpg

Langkah 5

Sekiranya anda mahu menukar beberapa lagu ke MP3 dan tidak mahu menukar kesemua lagu ke MP3, anda hanya perlu klik kotak di tepi senarai track untuk memadamkan tanda right.

mp37.jpg

Langkah 6

Setelah selesai menukar format ke MP3, anda bolehlah menikmati lagu kegemaran anda. Lagu – lagu anda akan di tempatkan di tab menu Library. Klik menu atas di sebelah tab menu Rip.

Klik menu Artist di tepi sebelah kiri dan disini lagu anda diletakkan.

mp38.jpg

Fail MP3 tersebut juga boleh didapati di My Documents > My Music.

mp39.jpg

Sekarang, anda boleh kumpulkan lagu – lagu kegemaran dan dengarlah sepuas – puas hati… ;)

Semoga Berjaya!

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal