Monday, April 6, 2009

Berhati-hati dengan malware Antivirus 2008 / 2009


Pernah tiba-tiba anda menerima mesej yang komputer anda telah diserang virus atau spyware? Padahal anda tidak pernah memasang antivirus yang mungkin anda tidak kenali yang secara tiba-tiba muncul? Saya baru je kena baru-baru ni. Dari mana entah datangnya, keluar popup mengatakan komputer saya diserang virus. Padahal saya tak pernah pun memasang antivirus tersebut yang dikenali sebagai Antivirus 2008. Setelah saya selidiki di internet. Nyata bahawa perisian yang dikatakan antivirus tersebut adalah palsu (fake).

Malware : Antivirus 2008



Antivirus 2008 merupakan kategori malware yang boleh menjahanamkan komputer anda. Terdapat pelbagai variasi malware ini. Ada namanya Antivirus 2009, antivirus XP dan lain-lain. Pendek kata yang ada nama ‘Antivirus’ tuh adalah golongan perisian malware yang jahat ini.Apabila anda terinstall malware ini, ia seperti melakukan imbasan (scan) ke dalam komputer anda dan kemudian akan mengeluarkan keputusan palsu iaitu seolah-olah komputer anda penuh dengan virus, spyware dan lain-lain. Padahal ia merupakan laporan palsu supaya anda membeli perisian malware tersebut. Sekiranya anda tidak membeli perisian tersebut, ia akan terus menganggu kelancaran komputer anda dengan mengeluarkan popup dan ada variasi yang lain akan memapar atau mengubah wallpaper kita.

Variasi Malware : Antivirus 2009

Untuk membuangnya, anda hanya perlu muat turun perisian percuma anti-malware ini. http://www.malwarebytes.org



semoga berjaya!

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal