Aplikasi pejabat yang dinanti-nanti ramai pengguna, Microsoft Office 14 ataupun yang mana dikenali juga sebagai Microsoft Office 2010 bakal dilepaskan kelak dalam dua variasi, iaitu 32-bit dan juga 64-bit, sekaligus menjadikannya sebagai aplikasi pejabat pertama daripada Microsoft yang dilepaskan dalam dua variasi.
Paparan Antaramuka Office 14 - WordAkhir-akhir ini, penggunaan 64-bit makin meningkat hari demi hari, dan berkemungkinan besar, sistem operasi Windows 8 kelak, hanya akan dikeluarkan dalam bentuk 64-bit sahaja. Untuk permulaan ini, Windows 7 dan juga Office 14 bakal dilepaskan dalam dua variasi. Ini juga memberikan kelebihan kepada para pengguna 64-bit yang mana tidak lagi perlu menggunakan emulasi aplikasi pejabat 32-bit untuk dapat menggunakannya, selain membawakan kelebihan dan prestasi yang sama seperti versi 32-bit.
Office 14 dijangka akan dilepaskan secara rasmi pada tahun hadapan, dan mungkin banyak lagi berita berkaitan dengannya akan kedengaran selepas ini. Pesaing terdekat Microsoft Office, OpenOffice.org juga dalam proses memperkenalkan aplikasi pejabat mereka versi terkini, iaitu OpenOffice.org 3.1 yang mana akan dilepaskan dalam masa terdekat ini.
0 comments:
Post a Comment