Thursday, April 23, 2009

Internet Explorer 8 Mula Di Edarkan Melalui WU




Seperti yang dikatakan sebelum ini, Microsoft sudah bersedia untuk mengedarkan Internet Explorer 8 melalui kemaskini automatik untuk Windows. Sesiapa yang menggunakan IE8 Pre-Release sudah pun dapat melihat IE8 versi penuh pada kemaskini Windows, dan para pengguna yang menggunakan IE6 dan IE7 bakal melihat pilihan kemaskini automatik kepada IE8 pada penghujung bulan ini.



Internet Explorer Melalui Kemaskini Automatik [via]


Melalui kemaskini automatik, para pengguna bakal melihat tiga pilihan, iaitu Ask Later (Tanya Kelak), Install (Pasang), dan Don’t Install (Jangan Pasang), memberikan kuasa penuh kepada para pengguna. Anda masih boleh mengelak daripada memasangnya secara automatik, dan memilih untuk memasang secara manual dengan memuat-turun daripada Microsoft Download center, atau mengakses sebagai kemaskini pilihan melalui Windows Update.


Sebelum ini, Internet Explorer menghadapi penurunan penggunaan, sekaligus memberikan peluang untuk Mozilla dan Google memperluaskan penggunaan pelayar web mereka.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Notepad Tips and Trick Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal